Facebook
LoginLog Masuk Rey-Z Travel Services Sdn Bhd.
No. 4B Jalan Saga Emas 8A, Taman Saga Emas,
43000 Kajang, Selangor
Hjh. Norhanizah : +6012 338 7905
Hj. Mustaffa : +6019 359 1583
Cawangan Terengganu
Tingkat 1, Lot 11 Bangunan TH Wisma Serangkai,
Jalan Sulaimani, 24000 Kemaman, Terengganu

En. Mohd Faizal: +6016 986 7552
Pn. Aida Suzana : +6012 345 6411




Maklumat Pakej


• 07 - 21 Disember 2016

ROYAL JORDANIAN AIRLINES
07 DIS 2016 - RJ 185   KUL/AMM  23:55/04:15
11 DIS 2016 - RJ 720   AMM/MED  20:30/23:10
20 DIS 2016 - RJ 711   JED/AMM  23:30/00:30
21 DIS 2016 - RJ 184   AMM/KUL  01:30/16:25
07-12-2016Hingga21-12-2016
enquiry

HARI PERJALANAN - ATURCARA TERTAKLUK PADA JADUAL PERJALANAN
1Jemaah diminta berkumpul di KLIA tiga jam sebelum penerbangan. Wakil kami akan menguruskan urusan penerbangan.
2• Tiba di Lapangan Terbang Amman & disambut oleh wakil tempatan, diikuti solat Subuh di lapangan terbang.
• Sarapan, diikuti lawatan ke Gua Ashabul Kahfi seperti yang dikisahkan dalam Surah Al-Kahfi.
• Kemudian dibawa ke Laut Mati yang mempunyai tebing terendah di dunia & air lautan yang mempunyai kepekatan garam yang tinggi & merupakan kawasan terendah di dunia.
• Dibawa ke hotel untuk makan malam & bermalam di situ.
3• Sarapan, diikuti lawatan sepanjang hari ke Mount Nebo di mana Nabi Musa A.S. diberikan pemandangan untuk melihat Jerusalem & Tanah Suci. Pandangan panorama Laut Mati, lembah Sungai Jordan, Jericho, Bethlehem & bukit-bukau Jerusalem dapat dilihat dari puncak Mount Nebo pada hari yang cerah & terang.
• Hari diteruskan dengan lawatan ke Istana Kerak yang terletak di Al-Karak yang mempunyai bangunan Uthmaniyyah daripada abad yang ke-19. Istana ini terletak 1000m atas paras laut & mempunyai pandangan Laut Mati.
• Kemudian dibawa melawat kawasan Medan Perang Mu’ta diikuti lawatan ke Makam sahabat Nabi iaitu Zaid Bin Harerath, Ja’far Bin Abi Talib & Abdullah Bin Rawahah.
• Dibawa ke hotel di Petra untuk makan malam & bermalam di situ.
4• Sarapan, diikuti lawatan sepanjang hari ke ke kota Nabataean di Petra yang pernah dicalonkan sebagai salah satu 7 Keajaiban Dunia. Kota ini diibaratkan sebagai Red Rose City atau Kota Mawar Merah kerana keindahannya batu pasirnya yang bersinar rona kemerahan pada awal pagi atau lewat petang.
• Kembali ke hotel di Amman untuk makan malam & bermalam di situ.
5• Sarapan, diikuti lawatan ke Makam Nabi Yusha Bin Nun A.S. yang merupakan cicit Nabi Yusuf A.S. dan juga Makam Nabi Syu’aib A.S.
• Perjalanan diteruskan ke lawatan ke Makam Bilal Bin Rabah.
• Lawatan diteruskan dengan panduan berpanorama ke Kota Amman untuk melihat Masjid Biru, Down Town dan diakhiri dengan pemindahan ke lapangan terbang.
• Di lapangan terbang, wakil tempatan kami di sana akan membantu dalam urusan pelepasan penerbangan.
• InsyaAllah jemaah akan tiba di Madinah, Check in Hotel.
6Selepas sarapan pagi, Jemaah dipimpin ke Masjid Nabawi, Raudhah, Perkuburan Baqi’, Solat di Masjidil Nabawi.
7Selepas sarapan pagi Jemaah akan dibawa menziarahi Madinah: Masjid Quba’, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud & Kebun Kurma.
8Jemaah akan melakukan Wida’ Rasulullah SAW dan diminta bersedia dengan pakaian ihram untuk dibawa ke Makkah, berniat ihram di Biir Ali, tiba di Makkah check in hotel, dipimpin menunaikan Umrah.
9Acara Bebas / Solat di Masjidil Haram.
10Selepas sarapan pagi jemaah dibawa menziarahi Kota Makkah: Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Mina, Muzdalifah dan berniat ihram di Miqat Ja’aranah.
11 - 13Acara bebas – Solat di Masjidil Haram/Umrah.
14Selepas solat Zohor, Jemaah diminta menunaikan tawaf Wida’ dan bersedia untuk dibawa ke Jeddah untuk penerbangan pulang ke tanah air.
15InsyaAllah selamat tiba di tanah air, dan semoga mendapat Umrah Mabrurah. Amin.

PAKEJ TERMASUK

Tambang Kelas Ekonomi KUL/AMM/MED - JED/AMM/KUL Pergi / Balik Termasuk Tax.
Penginapan 4 Orang Sebilik Di Tanah Suci.
Tambahan RM300.00 seorang untuk bilik bertiga.
Tambahan RM500.00 seorang untuk bilik berdua.
Lawatan Dan Ziarah Tempat Bersejarah Di Jordan, Petra, Madinah dan Makkah.
Perkhidmatan Mutawif Di Tanah Suci.
Pengurusan Umrah Visa.
Beg umrah 3 set / 5 Liter Air Zam Zam / Buku Panduan Umrah.
Kain telekung / Ihram / Tag Bagasi untuk setiap jemaah.
Makan 3 Kali Sehari di Jordan, Petra, Madinah dan Makkah.
Penginapan di Amman – Sadeen Palace (4★) atau setaraf.
Penginapan di Petra – Silk Road Hotel (3★) atau setaraf.
Penginapan di Madinah – Zowar International (4★) atau setaraf.
Penginapan di Makkah – Burj Al-Jewar (3★) atau setaraf.
*Jarak penginapan ke Masjidil Haram ±200 m
PERHATIAN

Tarikh dan harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan semasa oleh syarikat penerbangan. Kami menggalakkan pembayaran awal supaya kos tiket tidak ada perubahan setelah tiket sudah dikeluarkan.
Wang pendahuluan (deposit) sebanyak RM1000.00 hendaklah dibuat semasa penempahan pakej. Bayaran tiket mestilah dijelaskan mengikut dateline syarikat penerbangan.
Bayaran penuh mesti dibuat 45 hari sebelum tarikh bertolak.
Perjalanan umrah bergantung kepada kelulusan VISA daripada pihak Embassy Saudi Arabia.